Mengenai Kami

Mengenali Kami

Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd (SJ Capital) ialah sebuah Syarikat Perkhidmatan Pinjaman Wang Berlesen yang diselia oleh Akta Pemberi Pinjaman Wang (1951) dan kini dikenali sebagai Syarikat Komuniti Kredit di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Secara rasmi,SJ Capital ditubuhkan pada tahun 2006, oleh sekumpulan remiser dan pegawai bank dengan tujuan untuk membantu pelabur kecil mendapatkan pinjaman pembelian saham bagi memenuhi matlamat kewangan mereka.

Usaha mereka bermula apabila mereka menyedari bahawa banyak pelabur Saham Terbitan Awam /Baru (IPO), serta pekerja syarikat tersenarai awam yang memiliki Skim Opysen Saham Pekerja (ESOS), mempunyai sumber yang sangat terhad untuk membiayai Saham IPO atau ESOS mereka. Mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dana atau pinjaman untuk melaksanakan hak atau membeli saham dibawah Skim Opysen Saham Pekerja yang diperuntukkan kepada mereka.

SJ Capital juga menyediakan kaedah pembiayaan saham secara Shariah dan Konvensional kepada pelabur yang ingin membiayai aktiviti perdagangan dan pelaburan saham mereka.

Visi Kami

Visi korporat kami adalah untuk menjadikan SJ Capital sebagai sebuah Syarikat Perkhidmatan Kewangan digital yang menawarkan pelbagai produk pembiayaan secara Islamik. Kami ingin menumpukan kepakaran dalam Pembiayaan Saham secara dalam Talian dengan menyediakan penyelesaian kewangan yang sesuai dan praktikal untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan atau pelabur dan pemegang saham syarikat tersenarai awam. Ini termasuk membiaya saham yang diperuntukkan kepada mereka atau menyediakan tunai kepada pelabur dengan mencagar saham mereka tanpa perlu menjual atau kehilangan pemilikan saham tersebut.

vision1
vision2

Misi Kami

Sebagai gambaran, MISI kami adalah untuk memudahkan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan yang inovatif melalui platform Teknologi Kewangan (FINTECH) dan Pembiayaan Secara Dalam Talian dengan menghasilkan akses yang ringkas, mudah dan pantas untuk mendapatkan pembiayaan dengan terma dan syarat yang mudah dan realistik, iaitu sesuai dengan moto syarikat kami “RAKAN PEMBIAYAAN SAHAM ANDA”

MOTO KAMI

“RAKAN PEMBIAYAAN SAHAM ANDA”

mission1
mission2

Penasihat Syariah

Front view of Mixed-race businesswoman in hijab giving presentation on flip chart during meeting in a modern office
vision2

Peristiwa Penting

Preloader
  • 2014

    SJ Capital meningkatkan modal berbayar kepada RM3.0 juta dan modal dibenarkan kepada RM5.0 juta. SJ Capital diberikan Lesen Pemberi Pinjaman Wang oleh KPKT pada tahun 2015 dan pada tahun 2016 , disebabkan oleh permintaan tinggi terhadap produk patuh syariah, SJ Capital kemudian melantik Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad dan tiga (3) individu yang berkelayakan dan bertauliah sebagai Penasihat Syariah untuk membantu SJ Capital menawarkan produk patuh shariah serta memastikan semua operasi SJ Capital memenuhi syarat-syarat dan kehendak patuh Syariah.

  • 2017

    Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS) meluluskan pendaftaran SJ Capital sebagai Peserta Perdagangan Komoditi (CTP). Dengan kelulusan ini, membolehkan SJ Capital menggunakan platform Bursa Suq Al Sila (BSAS) untuk memenuhi dan melengkapi proses transaksi kewangan Pembiayaan berdasarkan konsep Al-Tawarruq.

  • 2018

    SJ Capital menjadi Syarikat Komuniti Kredit yang pertama yang diberikan pengecualian oleh KPKT untuk beroperasi menjalankan perniagaan Pembiayaan Secara Shariah. Ini menjadikan SJ Capital adalah syarikat Pemberi Pinjam Wang berlesen yang pertama diakreditasi dengan pengiktirafan tersebut.

  • 2020

    SJ Capital melantik BIMB Securities Sdn Bhd sebagai panel Penasihat Syariah syarikat. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap semua produk patuh Syariah, terutama dalam segmen Pembiayaan Margin Saham yang kini ditawarkan oleh SJ Capital.

Jabatan Pengurusan

AZMAN
Penasihat Syarikat

Azman Bin Abidin

NOOR-HAZIMAH-RAF
Ketua Operasi

Noor Hazimah Binti Sain

AHMAD-JUNAIDI
Ketua Kewangan

Ahmad Junaidi Bin Muhamed

NAZRI
Ketua Pengembangan Perniagaan

Mohd Nazri Bin Mohd Nor

SAIFULLIZAN-RAF_7655
Ketua Sumber Manusia & Pentadbiran

Saifullizan Haron

Jawatankuasa Syariah

PROFESSOR-DR.-ZULKIFLI
Ahli

Prof. Madya Dr. Zulkifli Bin Hassan

Dato-Mohd-Mokhtar-Bin-Shafii-
Ahli

Dato’ Mohd Mokhtar Bin Shafii

DATO-SYED-MOHD-GHAZALI
Ahli

YB Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa