Perkhidmatan

Pembiayaan Tawaran Awam Permulaan (IPO)

Kemudahan pembiayaan ini membantu individu atau pelabur korporat yang ingin melanggan senarai saham baru di Bursa Malaysia yang diperuntukkan atau ditawarkan oleh:

Pembiayaan Pengeluaran Tunai Bercagar

Kemudahan pembiayaan bagi Pelabur Pasaran Saham untuk mendapatkan wang tunai atau kecairan dengan mencagarkan saham pegangan mereka tanpa menjualnya dan menjadikan saham tersebut sebagai cagaran pembiayaan.

Pembiayaan Tawaran Penempatan Persendirian (PP)

Kemudahan ini disediakan untuk membantu pelabur runcit dan korporat yang mendapat tawaran untuk membeli sekuriti atau saham baru yang diterbitkan oleh Syarikat Tersenarai.

Pembiayaan Margin Urusniaga Saham (STMF)

Kemudahan ini adalah disediakan untuk pelabur sekuriti runcit dan korporat yang aktif dan ingin meningkatkan potensi urusniaga mereka dengan dana tambahan atau margin untuk menambah pelaburan mereka. Cagaran adalah dalam bentuk saham tersenarai atau deposit tunai.

Skim Pembiayaan Opysen Saham Pekerja (ESOS)

Kemudahan ini dikhususkan untuk membiayai pekerja syarikat tersenarai awam yang diperuntukkan saham ESOS dan berhasrat untuk melaksanakan hak dengan membeli saham mereka seperti yang diperuntukkan oleh majikan mereka.