Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

Apa itu PEMBIAYAAN MARGIN SAHAM

Kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk pelanggan atau pelabur yang ingin melanggan, membeli atau mendapatkan tunai dengan mencagarkan saham pegangan mereka.

Apa itu Cagaran?

Cagaran bermakna sekuriti atau jaminan dalam bentuk tunai atau saham yang didepositkan atau dipindahkan kepada SJ Capital sebagai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan saham.

Apakah bentuk Cagaran yang boleh diterima oleh SJ Capital

a) Saham Tersenarai di BMSB yang boleh diterima oleh SJ Capital

b) Deposit Tunai didalam Ringgit Malaysia

Apa itu Nisbah Margin Pembiayaan (“MOF”)?

Jumlah pembiayaan maksimum yang boleh didapatkan berdasarkan nilai cagaran MOF= (Jumlah Pembiayaan- Tunai)/ Ekuiti “Baki Pembiayaan” bermaksud jumlah hutang selepas ditolak semua deposit tunai yang ada. “Ekuiti” bermaksud jumlah nilai saham yang dicagar atau dibeli didalam Akaun Margin Saham. i.e. 50% of MOF bermaksud pelabur atau pelanggan harus mengekalkan nilai ekuiti tidak kurang 2 kali ganda daripada Baki Pembiayaan.

Apa itu Panggilan Margin?

Panggilan yang dibuat oleh pembiaya atau SJ Capital kepada pelanggan atau pelabur meminta supaya mengekalkan nisbah margin dengan meningkatkan cagaran dengan cara menambah saham atau mendepositkan tunai.

Apakah akan terjadi jika pelanggan atau pelabur gagal mematuhi Panggilan Margin seperti yang diminta?

Pembiaya atau SJ Capital membuat jualan paksa terhadap saham-saham yang ada dan menggunakan hasil jualan tersebut untuk menjelaskan baki pembiayaan.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan Panggilan Margin?

Anda boleh mengurangkan risiko Panggilan Margin dengan menguruskan pembiayaan Margin Saham anda dengan cara:

Apakah STMF?

STMF ialah kemudahan urusniaga saham yang menyediakan pembiayaan untuk pelanggan bagi pembelian sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad (“BMSB”). STMF boleh dilanjutkan selama tiga (3) bulan dengan bayaran yuran pusingan semula (rollover), jika berkenaan.

Cagaran untuk STMF

“Cagaran” bermaksud satu atau lebih sekuriti dan wang tunai yang mungkin diterima oleh Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd (“Syarikat”) mengikut budi bicara mutlaknya yang didepositkan dengan atau dipindahkan kepada atau diberikan kepada atau dimiliki oleh Syarikat (dengan gadai janji yang tidak dapat ditarik balik yang memihak kepada Syarikat) sebagai sekuriti untuk menjamin STMF.

Apakah cagaran yang boleh diterima untuk STMF?
  • Saham Tersenarai
    Saham yang tersenarai dan boleh diurusniaga di BMSB dan/atau Platform Urusniaga lain yang diiktiraf yang boleh diterima oleh Syarikat.
  • Deposit Tunai
    Dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM).